Add

April 12, 2012

Pasar Baru

Pasar Baru. Ok, tempat ni memang tempat yang famous untuk pengunjung especially dari M'sia sendiri sebab kat sini harga memang murah sangat-sangat kalau nak compare dari M'sia. For example, ada 1 jenis kain tu Kain Sulam Pita Riben, kalau kat M'sia di jual around Rm100 something but kat sini boleh dapat around Rm40-50. Kat M'sia tu di jual mahal mungkin sebab cukai tinggi, yup da pernah dah kena sekali, cukai kat KLIA sebab pos barang..hoho..mahal wooo..ok, proceed..

The most important thing bila kat Pasar Baru ni, kena jaga peralatan sendiri. Memang, diri sendiri pun admit, kalau dapat shopping nak-nak lagi kalau harga murah, memang la excited kan tapi, barang sendiri memang kena jaga sangat-sangat.
1st: kalau bawa beg, beg tu letak kat bahagian depan, means galas kat depan dan PASTIKAN berzip/bertutup ya.
2nd: kalau nak jalan tu, but then tiba-tiba kena himpit, sila peluk beg anda ya coz kadang-kadang tu macam "sejenis komplot" yang sengaja diwujudkan supaya keadaan jadi sesak maka kita sendiri tak sedar yang ada tangan-tangan dengan pantas buka zip beg kita.
credit to google: haaa, galas kat depan macam nie but kalau ada anjing lagi bagus coz kalau ada tangan-tangan yang nak mencuri, anjing tu tolong 'tangankan' dulu orang tu. HAHA

3rd: semasa anda sedang khusyuk menumpukan 100% perhatian untuk shopping adalah normal untuk diganggu oleh orang-orang yang menjual barang-barang sampingan yang lalu-lalang contoh: minuman, makanan, keychain, beg BUT kadang-kadang ada masalah juga coz diorang biasanya kind of mendesak kita untuk membeli, sampai kadang-kadang ada pengunjung yang takut and belilah sebab tak nak dah berdepan dengan penjaja tu. Tapi, sebenarnya, tak perlu takut. Kalau tak nak, just cakap "Terima kasih, saya ingin berbelanja dulu". Tapi kalau penjaja tu degil juga-memang ada pun- sila tabahkan hati and bagi muka bengis sikit. Hahaha. But, ada sesetengah diaorang ni macam mengamuk, marah-marah sebab kita tak beli, but ada yang ok, boleh terima kenyataan, so abaikan je sebab memang realiti macam tu.

credit to google: tunjukkan senyuman bila ucapkan terima kasih tapi bagi pandangan yang menyeramkan. HAHA

4th: bout the price. Yang ni macam susah sikit coz depend on pada skills masing-masing sama ada anda ni seorang yang peramah and pandai bermulut manis or seorang yang jenis malas nak buka mulut. But, try first kalau dia offer harga sesuatu barang tu, try minta kurang half dari harga yang dia beri. Tapi, depend on your luck la, kadang-kadang dapat, kadang-kadang tak.

Ok, memang seronok shopping, tapi utamakan keselamatan barang-barang sendiri dulu coz kalau barang-barang sendiri dah hilang, for sure anda akan pokai untuk dapatkan barang-barang lain. Thanks!

No comments:

Post a Comment